RSS Feed

c.I.n.T.a.. 8.2 saat

cuba bce jap ptikan dr kosmo brtarikh 26-3-09

LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki

memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat

saat, ia m
enunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu. Kajian itu dilakukan

terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka

sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres. Mereka kemudian diminta memberikan penilaian

terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.
Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang

untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil da
n menjadi ibu

tunggal. Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. - Agensi


hmm..hbat,,hnya dlam masa yang singkat satu perasaan timbul tanpa diduga yang mungkin

berakhir dengan 2 kemungkinan



kebahagiaan ataupun kesengsaraan









perkara di atas mungkin tidak mendatangkan masalah besar bg golongan yang sudah berkahwin

kerna udah punya isteri yang bila mana terpandang wanita yang bukan muhrim pasti saja

wanita yang halal baginya terlintas di minda mengganti wanita kelibat wanita yang ajnabi sebntr

td ,..bhgia si suami krna udh lulus dgn ujian trsebut lngsung brasa bahgia krna udh BERNIKAH



tetapi bagi


yang masih membujang(seperti saya..huhu)..perkara-perkara seperti inilah yang kadang-

kadang memberi


ketidakstabilan jiwa..(mandi nk kering, mkn cpat lpar, tdoq mkin ngantuk, dll symptoms)



mungkin jika tarikan ini berlaku pada lelaki yang kurang agresif, impak kepada wanita tersebut


mungkin sekadar wanita tersbut berasa kurng selesa kerana ada mata2 liar yang sentiasa


memerhati tanpa berkelip kerana mengatakan pandangan pertama selagi tidak berkelip itu


masih dikira rezeki...waduhhh...gawat gini..salah konsep deh...



itu ude menjadi

maksiat...perbetulkan pemahaman itu ye..uhu..




tetapi...


kesan yang mungkin lebih buruk berlaku kpada lelaki yang lebih agresif ataupun seks


maniac...mungkin saja perkara2 yg tidak ingini akan berlaku..mungkn tidak pada wanita yg


dlihat tapi nafsu atau keinginan yang membuak-buak dilepaskan pada wanita yang lain..


itula pentingnya sama-sama baik Adam atau Hawa haruslah menjaga pandangan dan


pemakaian..


mungkin ad saja yg mngataka, "tgk je pun, x de wat pape"...mmg itu pada mulanya sahaja..kita jgn dilupakan nafsu yg brada dlm diri insan itu psti tidak akan puas..


-mula2 tgk

-pstu mula rasa buhsan dan ingin mncuba sesuatu yg lebih dr melihat sahja..

-mula blajr mnyentuh dan akhirnya wanuzubillah brakhir dgn prkara2 yg mngaibkan..



itu adalh lumrah insan brnama manusia yg kaya dgn sifat ingin tahu yg tinggi yang kadang2


tidak kena pada tmptnya...




sebelum adanya kajian ini..quran trlebih dahulu mengajar makhluk bernama manusia bagaimana

caranya adab ketika berjalan..iaitu menundukan pandangan tika berjalan di muka bumi ini

dengan penuh etika.

rujuk An-Nur : 30-31





kalu pereka televisyen, mahmul(handset), talaga(peti ais), dll, pasti saja segala spesifikasi dan


ciri kelebihan yang ada pada brg2 yang direka diketahui sang pereka itu sendiri. Begitu jgk dgn


klemahan2 yg ad pd rekaan tersebut, pstinya yg mencipta itu akan lebih arif dan tahu dgn


pntang larang ciptaanya agar rekaan itu sentiasa utuh dan boleh mnjalankan tugasnya sesuai


dengan spesikasi2nya, dan peranan2nya yang telah diprogram semampu yang boleh.







Begitu juga manusia, kita yang datangnya dari "setitik air yang bila dicampak ke tanah ayam x

patuk, itik x sudu"
..telah didatangkan pada kita oleh Yang Mencipta kita dengan sebaik2 ciptaan


itu buku manual panduan yang lengkap dari segi segala sudut. Baik ekonomi, politik, psikologi,


perubtan, dll. Yg dijamin jika berpegang teguh pada manual tersbut, pstinya kita akan berada


pada kualiti maksima yang akan dijanjikan pulang TIDAK TERNILAI.


Hanya trltak pada pilihan kita samada mahu atau tidak mengikut manual tersebut..





"Membezakan manusia dan haiwan i
tu akal.Manusia dan haiwan juga punya kemahuan, malah juga keinginan.Manusia dan haiwan juga punya perasaan dan keterbatasan.Tetapi segala persamaan menjadi pmbezaan bila mana AKAL menjadi tapisan"

4'u'2c..

juz want 2 share a video my father's emel 4 me..

R.e.Z.e.K.i

hmm..baca blog kawan-kawan majoriti tulis pasal 'daily life' diorang. jadi nak kongsi sikit

pengalaman duduk negara orang nih..hehe



nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu, aku on da way balik masjid.Masjid ar-rahmah,

ganbi(dekat) syari' galak.tiba-tiba on da way jalan tuh, kena tahan dengan ada sorng mamat

arab nih.,



mamat arab : enta malizi(kamu malaysia) ?

mamat malizi : aiwah, ana minin malizi (ya, saya dari malaysia)


mamat arab : enta kuliyyati tib fi gama'ah al mansoura (awak kuliyah perubatan di univ

mansoura) ?


mamat malizi : aiwah(ya)


dan dipendekkan cerita tiba-tiba mamat arab ni tanya


mamat arab : ana aiz khut enta i'syrin genih mumkin(saya nak bagi kamu 20 genih)?


lpas tuh mamat malizi ni x phm sangat, tapi buat-buat paham.


mamat malizi : la, ana mushfulus.(x, saya x bwk duet)

tiba2 arab tu cakap aku x phm and die ulang blik ap die ckp.hahha..malu aku...ehh..malu mamat

malizi tuh...barula phm..die nak bg ak 20 genih dalam (RM 14)..igtkn die nk pau 20

genih..cuak2x..




pastuh mamat malizi ni pun dengan rasa rendah diri+terkezut, lantas menolak.lalu mamat malizi

berjalan pulang dengan tanda tanya+merasakan betapa rezeki ini bukanla satu perkara yang

mampu dicaturkan oleh kuasa biasa yang terbatas kemampuan.





satu lagi time lpas solat gek.tp kt masjid firdaus.hbs2 solat pk cik sbelah ni ckp

uncle arab : ba'da solat sunat raka'tain, ishtanna syuwaiyyah(lpas solat sunat, tunggu kejap)

malizi blur : aiwah(sambil muka cuak)




mana x cuak beb, dh la ak x knal, tbe2 sruh aku tnggu..ehh..tbe2 sruh mamat malizi blur nih

tnggu..



pastu ak pun lpak la dgn bebrpa org budak m'sia..tbe2 pk cik td pun dtg la..die salam kitorang

sambil cium pipi+siap ad bunyi lagi, ni memang budaya diorng.hbs tuh die tnye la nama dll.



tbe2 die bwk kluar dr beg plastik hitam die...aish baladi(roti bese), halawa(manisan) dan

gibna(keju)..mak aiii..pokono arab nihhh....kitorng punya la x nak amek..



sbb kalu tgk dari segi pakaian die pun..dh tahu die ni bukanla org yang senang..walaupun die

mudir sekolah..gaji diorng sgtla sikit kalu nk dibndingkn dgn gaji guru besar di m'sia...tp bila

kitorng tolak pmberian die..die ckp apa..ni haa...


"aku cinta kamu kerana allah..muslim sesama muslim itu bersaudara, ibarat satu badan,saling melengkapi.jadi, aku suka makan roti, jadi aku bagi roti ini pada kamu sebagai aku cinta pada kamu.rezki ni dari allah.allah boleh bagi dan tarik bila2 masa."


Rasa terharu lagi hiba dalam diri, bagaimana pertemuan singkat, tetapi atas dasar akidah,

mnusia itu berkorban demi saudara mereka.Adakah mampu diri ini berkorban apa yang menjadi

kesukaan diri..???

indahnya bila akidah diyakini dipraktik dalam dunia nyata bukan sekadar pengtahuan teori bagi melengkapkan diri dengan bekalan pengetahuan.




ni la pk cik arab tuh,.nama die abu bakar..


SusahBahagia,SenangKecewa

Insyallah sebelum kita terus pada tajuk, cuba tengok gambar di bawah dan lihatlah perbandingan.







dilihat dari sudut kemajuan, pasti saja manusia tanpa memerlukan I.Q(intellectual quality) yang

tinggi bisa menilai gambar yang empunya tembok-tembok konkrit itulah yang mnedapat

jolokan bandar yang maju dan hebat.



bagi kampung hanya punya bangunan setinggi pohon-pohon teduh, bangunan yang hanya dibina

dari tanah-tanah liat itu dilihat sebagai mundur atau dengan kata lain situasi yang biasa dilihat di

negara dunia ketiga.




adakah penilaian ini salah?

tidak, sama sekali tidak. tapi persoalan yang ingin dilihat ialah bagaimana adakah pembangunan

yang pesat bersama tersegamnya bangunan-bangunan serba moden, kelengkapan teknologi

terkini, sistem pantau keselamatan 24 jam ini dibangun bersama ROH-ROH kualiti diri insan.

atau dengan kata nama lain modal insan itu sendiri.




kemajuan dan pembangunan diri insani haruslah bergerak seiring bersama aru kemodenan.

secara hipotesis teorinya, semakin meningkat kemajuan material, semakin meningkat kualiti diri

individu penggerak kemajuan.



namun secara realitinya adakah teori ini menjadi.???



kalau dilihat Amerika Syarikat yang menganggap dirinya Negara Polis Dunia itu, kadar jenayahnya sangat-sangat tinggi. Dari kes bunuh, rogol, rompak semuanya berlaku hampir setiap hari.



adakah ini yang dikatakan kemajuan bergerak seiring dengan pembangunan insani.???



setiap insan di muka bumi ini pasti, mengidamkan kebahagiaan dalam hidup seharian

mereka.dengan kata lain ketenangan, kegembiraan yang menyegarkan.



Tetapi adakah dengan keceramukan yang berlaku di sekeliling, menjamin keinginan tersebut.



Mungkin ada saja yang berpendapat kebahagiaan cukup disempurnakan dengan

kemewahan.Sempurna dari tuntutan material namun jauh sekali, keluarga berantakan,

anak-anak dan ibu bapa tidak lebih dari kawan rumah sebumbung.Adakah kemewahan material

dilihat sebagai kayu pengukur kepada kebahagiaan.???







Kesusahan atau kesederhanaan dalam kehidupan tanpa keceramukan dan ditambah bersama

nilai-nilai kualiti spiritual, itu lebih baik dari kemewahan yang hanya berakhir dengan

kesudahan menyayat hati.




Sedikit (ibrah)pengajaran dari Manusia Paling Berpengaruh di dunia, Muhammad bin

Abdullah.Pembawaan manusia yang dahulu terkenal dengan perbuatan-perbuatan jahiliyah

menjadi fondasi bagi kenaikan dan kemajuan bangsa-bangsa seantero dunia.Dilihat kehidupan

beliau bahagia bersulam ujian-ujian yang diterima dengan kelapangan tanpa tolakan.Kalau dari

segi material beliau sangat senang dan bahagia tidur beralaskan pelepah tamar.




Sekali lagi ditekankan, bukan kita menolak kemajuan, namun material dan roh itu bukan suatu

kompilasi yang terpisah.Malah seiring bergerak menuju ke tahap termampu.