RSS Feed

lihat menilai.

hmm...

dh lme x mnulis..

so nk asah blik la nih..


sekadar mencetus pertanyaan..


tika mata melihat sesuatu yg bkan sedap mata memandang...hati akan terus terlintas dan

membuat konklusi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pemahaman. Semua setuju

kan? Fakta yang tidak dapat ditolak. Lumrah manusia biasa yang suka berfikir.


Kelebihan berfikir ini lah yang menjadikan manusia satu langkah ke hadapan berbanding haiwan

atau mungkin boleh jadi selangkah kebelakang dari haiwan.


Bila berfikir menggunakan akal kadang-kadang terdapat keterlanjuran dalam mengakses

kandungan-kandungan ilmu hasil dari input bacaan mahupun hasil pendengaran.


Berfikir lantas menilai bukanlah satu proses yang mudah bagi manusia yang mementingkan

kematangan hasil dari pengolahan input untuk menghasilkan output yang benar-benar

memihak pada si pelihat dan yang dilihat.


Kebatasan manusia dalam mengetahui masa depan juga menjadikan keupayaan berfikir sedikit

terbatas tetapi mampu merancang.


Jadi, oleh kerana terhadnya manusia untuk mengetahui 'future' yakni masa depan, janganlah

otak segera membuat satu pengakhiran cerita hidup manusia yang lain hanya kerana berseluar

pendek, tidak bertudung, rambut berwarna-warni dan lain-lain lagi, semua itu budak-budak

jahat yang harus dijauhi, malah terlampau sangat hingga melabelkan mereka itu ahli neraka.


Sebelum menghukum orang lain, belajar untuk tunding jari pada diri sendiri, dan tanya :

APA YANG AKU TELAH LAKUKAN UNTUK MENGUBAH MEREKA ? BUKAN NYA

APA NERAKA YANG SELAYAKNYA BAGI MEREKA?


suka saya nak amik ayat kawan kepada kawan, "cerita belum habis lagi.."

siapa kita untuk menentukan pengakhiran kisah hidup pelakon yang lain..????

fikir2 renung2 dan kawal minda dan emosi tika berfikir...salam tahun baru 2010..

0 comments: