RSS Feed

Ramadhan datang lagi..

1 Ramadhan 1433 H (Jumaat)
20 Julai 2012

 "barangsiapa mendirikan puasa Ramadhan dengan iman dan ikhlas maka dosanya yang telah lalu diampuni oleh Allah SWT "


Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rabb tertinggi lagi terpuji, atas nikmat kesempatan untuk berhadapan dengan 'MEGA SALE' pahala. Peluang yang datang setahun sekali bukanlah untuk dilalui sebagai hari-hari biasa, tetapi menjadi insan luar biasa.

Keluar dari kebiasaan yang bagaimana?
  • makan banyak kepada makan pada kadar
  • bercakap kosong kepada zikir-zikir yang ma'thur
  • tidur malam tanpa ibadah kepada menghidupkan malam dengan ibadah
  • mata yang liar melihat maksiat kepada mata yang tawadhu menatap quran
  • hidup tanpa perancangan kepada hidup yang tersusun dengan selingan ibadah
Bukanlah alasan untuk menjadi lemah ketika Ramadhan kerana tidak makan, tetapi sejarah Sirah Islam, antaranya perang Badar, 313 islam vs 1000 musyrik berakhir dengan kemenangan islam berlaku pada bulan Ramadhan.

Sekadar ingin berkongsi tazkirah selepas tadarus di Masjid Samnoudy, oleh Azrul.

Azrul memetik kisah tentang bagaimana Surah al-baqarah mendapat nama.
Kisah ini berkait rapat dengan Bani israel yang sengaja mempersoalkan arahan allah untuk mencari seekor lembu. Persoalan tersebut hanyalah semata-mata untuk melengahkan menunaikan arahan allah yang akhirnya memakan diri mereka sendiri.

kesimpulan dari kisah ini, mengajar kita untuk segera menyahut arahan allah, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.






"andai ummatku tahu tentang bulan Ramadhan, nescaya mereka berharap sepanjang tahun menjadi bulan Ramadhan" 

0 comments: