RSS Feed

SusahBahagia,SenangKecewa

Insyallah sebelum kita terus pada tajuk, cuba tengok gambar di bawah dan lihatlah perbandingan.







dilihat dari sudut kemajuan, pasti saja manusia tanpa memerlukan I.Q(intellectual quality) yang

tinggi bisa menilai gambar yang empunya tembok-tembok konkrit itulah yang mnedapat

jolokan bandar yang maju dan hebat.



bagi kampung hanya punya bangunan setinggi pohon-pohon teduh, bangunan yang hanya dibina

dari tanah-tanah liat itu dilihat sebagai mundur atau dengan kata lain situasi yang biasa dilihat di

negara dunia ketiga.




adakah penilaian ini salah?

tidak, sama sekali tidak. tapi persoalan yang ingin dilihat ialah bagaimana adakah pembangunan

yang pesat bersama tersegamnya bangunan-bangunan serba moden, kelengkapan teknologi

terkini, sistem pantau keselamatan 24 jam ini dibangun bersama ROH-ROH kualiti diri insan.

atau dengan kata nama lain modal insan itu sendiri.




kemajuan dan pembangunan diri insani haruslah bergerak seiring bersama aru kemodenan.

secara hipotesis teorinya, semakin meningkat kemajuan material, semakin meningkat kualiti diri

individu penggerak kemajuan.



namun secara realitinya adakah teori ini menjadi.???



kalau dilihat Amerika Syarikat yang menganggap dirinya Negara Polis Dunia itu, kadar jenayahnya sangat-sangat tinggi. Dari kes bunuh, rogol, rompak semuanya berlaku hampir setiap hari.



adakah ini yang dikatakan kemajuan bergerak seiring dengan pembangunan insani.???



setiap insan di muka bumi ini pasti, mengidamkan kebahagiaan dalam hidup seharian

mereka.dengan kata lain ketenangan, kegembiraan yang menyegarkan.



Tetapi adakah dengan keceramukan yang berlaku di sekeliling, menjamin keinginan tersebut.



Mungkin ada saja yang berpendapat kebahagiaan cukup disempurnakan dengan

kemewahan.Sempurna dari tuntutan material namun jauh sekali, keluarga berantakan,

anak-anak dan ibu bapa tidak lebih dari kawan rumah sebumbung.Adakah kemewahan material

dilihat sebagai kayu pengukur kepada kebahagiaan.???







Kesusahan atau kesederhanaan dalam kehidupan tanpa keceramukan dan ditambah bersama

nilai-nilai kualiti spiritual, itu lebih baik dari kemewahan yang hanya berakhir dengan

kesudahan menyayat hati.




Sedikit (ibrah)pengajaran dari Manusia Paling Berpengaruh di dunia, Muhammad bin

Abdullah.Pembawaan manusia yang dahulu terkenal dengan perbuatan-perbuatan jahiliyah

menjadi fondasi bagi kenaikan dan kemajuan bangsa-bangsa seantero dunia.Dilihat kehidupan

beliau bahagia bersulam ujian-ujian yang diterima dengan kelapangan tanpa tolakan.Kalau dari

segi material beliau sangat senang dan bahagia tidur beralaskan pelepah tamar.




Sekali lagi ditekankan, bukan kita menolak kemajuan, namun material dan roh itu bukan suatu

kompilasi yang terpisah.Malah seiring bergerak menuju ke tahap termampu.

1 comments:

ibnu norrozaman said...

sheikh...
tahniah atas idea penulisan yang mantap..
sihat sheikh?