sekitar komentar dari penonton dari kerajaan langit...
tuh...pergh..nampak real sehh..memang warak gila..x mcm diluar filem"kata Abg Jo Cendol...
"mak cik terkezut yang bukan main..sebelum ni..mak aiii..x pernah2 nmpak muka die
berseri..tau2...dh nmpk mcm ustaz lak..tapi dalam cerita je la..hehe.."kata Mak Cik merngkap
jiran cik Man-U-sia..
kerana lakonan cik Man-U-sia yang hebat..beliau meraih beberapa anugerah..antranya..
-Pelakon yang paling hebat melakonkan 2 watak berbeza
-Pelakon yang paling berjaya menukar perilaku mengikut kawasan
-Pelakon yang memang nampak paling real wat muka sedih tika mintak ampun..
-Pelakon yang memang gila gempak tunjuk belang bila x da undang-undang
-Pelakon yang terbaik dalam paling lupa daratan yang dia ni hanyalah ciptaan
dan berbgai2 anugrah yang x dpt dsenraikan...
Jgn lupa tnggu pada syawal ini..filem ini boleh dilihat di kg2 ataupun di bndar..
selamat menonton dan berlakon..ehhhh....Berlakon???..
p/s-tiada kena mngena dgn yg hidup@mati..hnya kisah rekaan...
Movie- Only i done in Boulavard Rama-done...
cerita ni mungkin x jumpa di pasaran..
sebab ap???
sebab mungkin memang susah ar..
tp x pa..jom tgk sinopsis
movie ni dibintangi oleh ramai bintang2 ternama dan juga bintang2 yang bernama tapi x
terkenal sgt...
watak utama dimainkan oleh - Man-U-sia bin Ha-mba
sinopsis
kisah ini menceritakan di mana Man-U-sia bin Ha-mba ini adlah sebuah ciptaan
sebaik-baik ciptaan yang pernah dihasilkan oleh Tuannya...
lantas Man-U-sia ini diarahkan untuk melalui sebuah medan ataupun kawasan yang mana
undang-undang di sana hanya dibenarkan makan sebelum fajar dan makan lagi bila kaki
langit mula merah...
bukan itu sahaja, malah pada malam hari disuruh pula membuat gerakan badan yang aneh
pada pandangan mata masyarakat...bahkan dijanjikan pula habuan yang tidak dapat dilihat...
juga habuan akan bertambah jika si Man-U-sia ini langsung menambah lagi gerakan yang sama
pada 2/3 malam..aneh...
semangat tidak terkira pada mula-mula..namun smakin pudar bila Man-U-sia ini terus bergerak
langsung melalui kawasan yang amat menjerihkan...
tanpa menyoal dan memikirkan hikmah..langsung si Man-U-sia terus melalui kawasan itu...
ooo....lupa...kawasan ni nama die Boulavard Ram-Done..
nak dijadikan cerita...sepnjang melalui kawsan ini berbagai pengalaman yang dilalui si
Man-U-sia..
-berjumpa dengan yang seblum magrib dan selepasnya adlah 2 watak yg brbeza
-berjmpa dgn yg semngtnya pd awal2 saja
-jge brjmpa yg smngtnya hingga ke hjg kawsan msih semngat..
dpndekkn cerita..
si Man-U-sia ni pun sampai la pada akhir jalan..brbagai2 prasaan timbul..sedih...gembira...
lansung dsmbung prjlanan ke Boulavard Sya-wall...
di sini tiada undang2...tapi hnya dprntahkan brjge2...
dilihtnya org yg hmpir srupa di kawsan sblum ini..tp keadaan yang
dilihat berlaku sebaliknya..
tidak sesejuk mata memandang...aneh...
si Man-U-sia itu langsung mnruskan prjalanan memikirkan kenapa die melalui 2 kawasan berbeza,
berjumpa dgn insan yang sama..namun watak berbeza hanya kerana undang2 berbeza?
mngkn kah sebg prsdiaan untuk melalui jalan dihadapan yang pelbagai?..hmmm...
tapi kalau persdiaan..kenapa insan yang dlihat..,,, x mngmbil pengajaran dari khidupan yang
jerih tika di Boulavard Ram-Done..???ap gunanya kawasan tuh????aneh..misteri..dll...
Pnutup
pnulis skrip ini mngakhiri cerita ini dgn persoalan yang ptut difikirkn kita bersama...
pengajaran..pandai2 la pikir....
kullu or syuwaiyah ???
"daddy.. adik tak nak makan yang ni..??? busuk..bahaya..nanti adik sakit"..
"hmm..meh daddy tgk, buang je bahagian yang busuk tuh sket..masih ada lagi yang
elokkan???..nah..adik makan..cuba rasa..ok x ??
"a,ah la daddy..ok je..sedap-sedap..nak lagi boleh???..."
Kemampuan manusia menilai dan membuat anggapan dan tafsiran terhadap apa yang
dilihat
adalah salah satu tanda kebesaran penciptaan zat yang maha bijaksana..
namun pabila kelebihan tadi diletakkan bukan pada tempat nya..
yakinlah..kelebihan tadi hanya akan mencetak sebuah kekecewaan dan kebencian.
janganlah setitik keburukan yang dilihat menjadikan rumusan bahawa kesemuanya juga
buruk.lantas menolak potensi kebaikan yang mungkin terselindung di sebalik
kejahatan.
siapalah kita hanya insan yang juga hamba pada yang satu untuk menghukum hamba yang
lain.
"jika muhammad melihat jelik nya umar, langsung tiada sisi kebaikan, pasti dua pertiga kekuasaan islam seantero hanyalah fantasi"
do we care...???
15 mei 1948...
if non-muslim care more than us...how about we ourself, that born to be muslim???
michael heart-we will not go down
Promosi sempena imtihan(exam)!!!
haaaa !!!
jom-jom..pakat-pakat mai rebut....promosi barang baik...
"apo bondo ei jang ???"
"ado gapo ???"
"ewwww...ade ape nih???"
adakah : mumkin....
-promosi sos cili-
-promosi tiket baik malaysia-
-promosi riadah musim panas-
-promosi amanah saham berhad-
habis tuh?..
haa...
kepada rakan-rakan yang betebaran di muka bumi ini, umumnya...tetapi khusus di
'ardu kinanah' ini, besabarlah dengan segala ujian yang menimpa diri kita.
lebih-lebih lagi di kala musim peperiksaan ini,
bukan sahaja kita diuji dengan subjek yang berlambak-lambak secara ilusi tetapi realitinya
sedikit sahaja..(hehe..btui ka sket..)
malah ditambah lagi dengan ujian kehidupan yang kadang-kadang memeritkan jiwa,
meremukan perasaan, menuntut pengorbanan, dan macam-macam perasaan lagi..
tetapi sebagai insan yang berakal dan mampu berfikir, iringi segala masalah
tersebut dengan sabar..kerana apa..
itulah promosi peluang merebut pahala dari pemilik segala kerajaan, yang tidak lain tanda
sayang Nya kepada hamba yang terpilih.
jadikanlah masalah tadi sumber meraih pahala yang berganda...
jika kita dianiaya..balaslah aniaya tadi dengan kebaikan..memang susah..tetapi tidak mustahil..
bukan bernasib malang ship-ship(selipar) dicuri..(ehh..asal tiba-tiba pasal selipar lak nihh)..tiada
kena mengena yang mati...
bukan bernasib malang kita diuji..tetapi tidak lain itu lah
'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan Kami telah beriman sedang mereka tidak lagi diuji?' 29:2
Cintailah Sungai..
bunyi derupan jatuhan butiran-
butiran air terjun sungguh
menyenangkan..
ditambah kicauan burung-
burung terbang riang mencari
rezeki mendamaikan diri yang
gundah gulana
kalau dituruti jalan sungai tersebut..kita akan berjumpa dengan punca yang sama
dan berakhir dengan jalan yang sama..
kalau dikaji lebih dalam..pasti umum semuanya tahu unsur air itu sendiri..
ikatan antara unsur-unsur tesebut sangatlah
kuat,
malah ikatan antara molekul-molekul ini juga
sangat 'mntop'
dan yang menariknya air-air ini datang dari berbagai-bagai punca.Antaranya :
Sungai Kelang
Sungai Gombak
Sungai Golok
Sungai Buloh
dan banyak lagi sebenarnya..
tapi apa yang patut dipersoalkan ialah..walaupun mereka ini datangnya dari tempat yang
berasingan dan latar belakangkan suasana yang berbeza.Seperti :
sungai yang airnya jernih
sungai yang airnya kotor
sungai yang airnya mengalir tenang
penentangan,menjatuhkan,mencaci, malah mungkin juga saling memfitnah atas dasar latar
belakang yang berbeza.
Tapi itu semua tidak berlaku, malah saling tolong menolong memastikan
kelancaran sungai yang didiami bersama-sama terus mengalir.
unsur yang datangnya dari Malaysia yang kurang bersih itu, diterima masuk ke Nil malah
disucikan lagi.
Jika ada kayu balak yang menghalang laluan, tanpa ada rasa perbezaan, terus bersatu pada
unsur
yang sama, mereka saling menolak halangan tersebut.
Jika ada sampah yang dibuang oleh insan yang tidak bertanggungjawab, sekali lagi tanpa
mengira perbezaan latar belakang, mereka sama-sama menolak sampah tadi hingga ke
tempat
yang sepatutnya.
Jika ada unsur-unsur yang tidak sama dengan mereka seperti minyak, bersama-sama air itu
bertoleransi, tetapi tidak memberi ruang dan peluang untuk memecahbelahkan mereka tetapi
meletakkan minyak tadi pada tempat yang sepatutnya.
kerna memikirkan mereka itu semuanya bersatu pada satu molekul
bernama air.
Kelancaran sungai dan memelihara hidupan di dalamnya itu lebih di utamakan dari
memetingkan mengekalkan pembawaan yang berbeza hasil dari didikan sungai-sungai yang
berbeza.
Kalau sungai tadi melupakan unsur asal mereka pasti, kita akan jumpa sungai yang tidak lagi
mengalir tenang.
Malah akan berlopak-lopak.
Mungkin saja akan ada yang bertakung, lalu membusuk, memberi mudarat pada makhluk
persekitaran.
Malah lebih menyayatkan hati, hidupan yang dahulunya tenang dan senang meneruskan
kehidupan langsung bingung dan tertanya-tanya hala tuju hidup.Tak kurang juga yang gagal
meneruskan kehidupan.
Tetapi syukur pada Sang Bijaksana, tidak terjadi air-air yang memetingkan kelompok asal.
Sungai terus mengalir tenang tanpa kerapuhan ikatan unsur-unsur antara mereka, kerna
mereka tahu tujuan mengalirnya mereka ini walau dari latar berbeza, akhirnya akan menuju
pada destinasi yang sama iaitu 'LAUT'
Yang pada akhirnya mereka ini akan di'hisab' atau
disejat dan akan meneruskan kitaran air.
mari menghisab
sama juga pd era zaman tuk nek kita tuh...mane pkai matematik nih..sebut ilmu hisab..
fokus yg ingin kita lihat di sini bukan la dari sudut ilmu hisab yg membawa kepada pengiraan
yang melibatkn proses pngiraan yg kompleks..
tapi masih melibatkan pengiraan yang melibatkan
angka..baek 1@2@3@4@5....yang psti, kita akan mnghisab@mengira sejauh mana diri ini dalam
pandangan Dia Yang Maha melihat..
manusia, baek diri ini, peluh keringat hatta wang ringgit menjadi korban hanya semata-mata
ingin memnuhi tuntutan mata makhluk yang lain yang juga digelar manusia..
yang lelaki dgn seluar trbaek berbenang trbaek
yang anak muda bertopi penuh berseluar jeans rekaan terkini
tak lepas juga pkcik mkcik dgn baju batik kebanggaan rkyt M'sia ku trcnta
menggunakan baju yg trpakai atau nama popular d M'sia baju bundle atau juga memastikan
diri yang yg brgelar muslim membawa izzah ini sentiasa dalam keadaan daif agar umat islam ini
dapat dibezakan hanya dgn melihat mereka yang selekeh??
sama sekali tidak...malah Islam la yg pling mnggalakkan umat islam ini sentiasa dlam keadaan
bersih..shinggakn Muhammad Ibn Abullah bersabda :
ckup ttg kbrsihan,,brblik pd hisab td..
diceritakan,.. ad seorg ulama yg sgt2 suka mnghisab diri...sehinggakan dgelar al-hisabi..
beliau mengtakan yg lbih kurang :
(kata2 ni dh diolah sedikit)
kalu ribuan ringgit dan masa trluang baek masa sempit kita snggup jadikan korban hanya
semata-mata ingin dilihat indah pada pndangan mnusia yang hidup antra azan dan iqamah...
gimana pula usaha kita utk memastikan Rabb melihat diri ini sentiasa dlam indah..???
adakah lbih ghirah dan brsungguh-sungguh kita brusaha
untuk sntiasa mnampilkan iman, baek dalam solat maupun apajua ibadah, sntiasa yg trindah
pada pndangan Rabb kita usahakan atau pndangan insan kita lebihkan ???
memetik kata2 Dr Hamid :
aplikasi ilmu matematik anda..
jom kita kira..
sama ada jam mana yang lbih tinggi kita guna..
untuk pndngn pd dia manusia@Dia Rabb Tragung ???
..saya cinta Akal bin Fikir ..
wah2...
bersyg-sayang sesama mereka?
atau
adakah kita akan membahaskan kata-kata ini dr sudut pndangan sastera
atau
adakah kita akan mncari tip2 utk brkenalan dgn alam dan seisinya
atau
cenggana???(ykni cm ne ar..)
manusia mnjadikan klbihan mnusia kehadapan setapak
meninggalkan makhluk yang lain.
itu juga yg mnjadikan mnusia empunya sikap keinginan untuk mengetahui sesuatu itu
sangat2 tinggi..itu pun mereka yg memerhati dan punya keinginan untk menilai.
krna ada saja bila melihat sesuatu, menilai sesuai dgn apa yg dilihat..
namun ad juga yg pabila melihat, dinilai sesuatu itu bukan sahaja pd sifat asas sesuatu yg dilihat,
malah melangkaui batas zahir yg dilihat sesuatu itu.
dgn kata lain..ok...kita bg satu contoh mudah..
Orang 1 -"wah!! burung...cntiknya..alangkah indahnya kalu mmpu trbang sprtinya"
Orang 2 - "subhanallah..maha hbat Sang Pncipta burung itu..mana mngkin burung trbang tinggi tnpa izin yang maha esa"
Orang 3 - "masyallah..sungguh hbat ciptaan yg maha esa..tetapi cm ne burung boleh terbang..kalu sayap burung mampu menampung jisim badan yg lebih berat..knape tidak manusia juga empunya sayap untuk terbang"
pstinya tidak..tapi dilihat dr pemikiran orang 3 itu..bila akal manusia diguna semaksimanya
idea yg lahir dari penglihatan beralih ke kertas kerja..yg pada akhirnya dipendekkan cerita...
lahirla ciptaan mnusia dr ilham yg maha Esa..Kapai teghbang(loghat utara sket...)
bermula dr angan2 seorang manusia..
bermula dr pnggunaan pnca indera dr Dia
bermula dr keinginan mlonjak diri lbih tinggi dgn izin Dia..
maka trilhamlah ia...
mnyekat pngembangan idea dgn alasan mengelakkan kekeliruan bukan la pengembangan
percambahan idea yg dirisaukan mnjadi keliru..tetapi mngahalang utk prcmbahan idea itu
kekeliruan yg lebih besar.
mengahalang murid bertanya soal akidah kerna merisaukan bila banyak bertanya boleh sesat..
tetapi bila mana pertanyaan akidah disekat itu sendirila yang menjurus kepada kesesatan yg
dirisaukan dahulu..
manusia tidak berkembang mncapai ketamadunan yg mksima apabila kemampuan akal untk
menilai dan mengkritis disekat...
maka tiadala ilmu yg kini diberi nama
kimia
biologi
botani
fizik
perubatan
berfikir..krna apa??
ikut saja sume dalam kitab itu..jgn disoal..jgn ditanya mengapa...
huuuhhh...seronok nya hari2 yang dilalui brlalu sama..tiada yang baru..tiada tiada kenaikkan..
langsung x menerima pngaruh luar yg baik yg boleh mningkt prestasi diri dan masyarakat umumnya..
agak2 post ni dituju pada sape???
mstila negara M......
Mesir trcinta cek oiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!
moga2 masyarakat di sini diberi ilahi untuk membuka mata dan lihat peluang2 untk
melonjakkan potensi diri diorang yang sedia ada mantop....dan learn to speaks in english..
cnfirm diorang ni meletup di mana2 diorang pi...serius x bohong...
buku2 yg tebal tuh...tnpa segan silu,,diorgn leh hafal..????? x caya... tnye bdk2 sini...
sbb sedih tgk bljar 6 tahun perubatan..akhirnya jaga kedai buku..
da la nk msuk sini medic diorgn..final exam sekolah menengah minimal total 98%
...haaaa..amek....bukan senang..
so ibrah di sini...jgn la kita menilai sesuatu itu tnpa kritis dan kreatif..
x sume dilihat pada mata kita zahirnya buruk maka segala luar dan seisinya itu buruk..tetapi
knal la dahulu..kaji n nilai...pasti ada sisi kebaikan yang boleh diambil dan digilap...
(2:216)
terbaik @ terbanyak..???
alhmdlillh polan bin polan.... yang dahulunya mungkin terkenal dengan perlakuan kurang
menarik...
semakin hari semakin sedap mata memandang ''qurratu a'yun''...dulu mungkin saja kata-kata
yang
keluar dr mulut tidak pernah tidak pasti menusuk qalbu, tikam mendalam+sakit menyucuk,
namun kini, kata-kata polan, menjadi kalam ternanti-nanti setiap bibit yang bakal dilafazkan..
nah, bukan itu saja,..ibadah rutin makin hari makin meningkat..subhanallah...
kalau dulu mungkin saja hendak ke masjid pasti sesat dan tidak ketemu jalan ke masjid..alih2
keletihan kesesatan mencari sinar..sinar keriangan sang katil menggarap pada diri...tapi kini
polan
udah bisa aja ke masjid..tidak perlu lagi peta..bahkan sebutkan aja msjid mana..tnyakan aja msjid
mana mnyediakan moreh..tau aja..(masjid mesir ad moreh ke???)...alhmdlillh..allahubarikfik...
perut ibu mana x sejuk dpt ana soleh begini....
tapi kesungguhan ke arah pmbaikan dulu, kekal sementara...sinar sisi kebaikan yang kelihatan
dulu
semakin malap...hmm...mnjadi persoalan...???
dianjurkan pada kita menjadi pokok yang lebih pendek dan tebal berbanding pokok yang lurus
dan panjang..psti saja kalu dinilai keutuhan berdsarkan bentuk..psti yg lebih tebal dan pendek
punya
kekuatan yang lebih dr pokok yang kurus dan panjang yg psti sekali dirempuh
angin..phewww..melayang...
begitu juga dalam kita beribadat...yang dianjurkan pada kita itu ialah terbaik bukan terbanyak..
jom kita lihat ciri2 trbaik yang digariskan bg kita..
rjuk al-mulk ayat 2..
ulama ktika mbhaskan mksud 'ahsanu amala'(trbaek amalan) bukn la amalan yg pling byk..
tetapi ahsanu amala ini mrjuk kpd ini ulama mngatakan bahawa ianya mrujuk kpd
amalan yg pling brsesuaian dgn sunnah
jd..sbg ibrahnya(pngajran)...check la pd diri kita sjauh mana amlan2 yg kita lakukan ini btul2 ikhlas...hatta
yg tgh mmbaca blog ni adkah anda ikhlas..tepuk dada tnye iman la bro...
so..x yah wat amal byk2 la....???
bukan x yah wat byk2..tetapi mula prlahan2 then bila mana sudh mnjadi rutin n brkesan pd hati
n diri mula tmbh amalan2 sunat yg lain..
n pstikan stiap yg amalan kita lakukan btul2 dihayati n mmbri prubhan pd diri kita..agar......
innalillahi....
kalu siapa trbaca entri ni..mari kita sedekahkn al-fatihah buat adik Saudara Ammar yang telah dipanggil menghadap kekasih kekal abadi.
didoakan agar allahyarham Mu'az dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama dengan golongan jannat ul firdaus..amin..
moga kita yang masih hidup ini terus beramal sehabis baik kerana kita juga pasti akan menempuh saat yang tiada tentu bila tibanya.
"tiadalah yang lebih berhak ke atas sesuatu pinjaman yang diberi melainkan Tuan Sesuatu itu sendiri"
kata pujangga
so juz nk kongsi sket ar...nk petik kata-kata Pak Hamka..dpt dr Bro Zaim time qiyam anjuran
PCM utk bdk2 thun 1 aaritu..
mntk doakn
Driver or Passengger
bad..so don't expect too much in and high expectetion in my writing..hehe...
moving along throughout the world is not an easy pathway.
every single people have their own pathway with different story. Maybe sad, happy, tension and etc.each of us have their own precious time that have been passing with living them the precious experience, either we aware or not.
living in this world we born to lead or to be under the lead.,???
be the leader doesn't mean we have to hold a title in community, or a post in society, but for me
enough u have 'ahsan khuluqi' yakni a good example that we can admire that's is better than
having title but nothing people can see.
from awwalun we were born we have been given choices. "Refer As-Syams:7-10"
a very sharp thinker maybe they will know the best path to choose..
if we know what were given to see the reward from He in a real form for people who been
driving other people to the right path for sure there is more driver than passenger.
no matter who we are, from where we come, what background, to be the best is what made who
we are.
juz ask urself, if we all out for ur DUNYA that's temporary what about our effort going through AKHIRAT that's last forver. logically to survive for lasting forever is more complex, n harder than to get temporary moment.
so..be a man..hehe..choice in ur hand..be a driver or pasengger..but, be careful if u want to be a
driver maksure the car and roads are the right way ya..and be a pasengger maksure the druver
is true driver...or not u'll be end like this..
c.I.n.T.a.. 8.2 saat
LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki
memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat
saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu. Kajian itu dilakukan
terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka
sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres. Mereka kemudian diminta memberikan penilaian
terhadap daya tarikan pasangan masing-masing. Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang
untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu
tunggal. Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. - Agensi
hmm..hbat,,hnya dlam masa yang singkat satu perasaan timbul tanpa diduga yang mungkin
berakhir dengan 2 kemungkinan
perkara di atas mungkin tidak mendatangkan masalah besar bg golongan yang sudah berkahwin
kerna udah punya isteri yang bila mana terpandang wanita yang bukan muhrim pasti saja
wanita yang halal baginya terlintas di minda mengganti wanita kelibat wanita yang ajnabi sebntr
td ,..bhgia si suami krna udh lulus dgn ujian trsebut lngsung brasa bahgia krna udh BERNIKAH
tetapi bagi
yang masih membujang(seperti saya..huhu)..perkara-perkara seperti inilah yang kadang-
kadang memberi
ketidakstabilan jiwa..(mandi nk kering, mkn cpat lpar, tdoq mkin ngantuk, dll symptoms)
mungkin jika tarikan ini berlaku pada lelaki yang kurang agresif, impak kepada wanita tersebut
mungkin sekadar wanita tersbut berasa kurng selesa kerana ada mata2 liar yang sentiasa
memerhati tanpa berkelip kerana mengatakan pandangan pertama selagi tidak berkelip itu
masih dikira rezeki...waduhhh...gawat gini..salah konsep deh...
itu ude menjadi
maksiat...perbetulkan pemahaman itu ye..uhu..
tetapi...
kesan yang mungkin lebih buruk berlaku kpada lelaki yang lebih agresif ataupun seks
maniac...mungkin saja perkara2 yg tidak ingini akan berlaku..mungkn tidak pada wanita yg
dlihat tapi nafsu atau keinginan yang membuak-buak dilepaskan pada wanita yang lain..
itula pentingnya sama-sama baik Adam atau Hawa haruslah menjaga pandangan dan
pemakaian..
mungkin ad saja yg mngataka, "tgk je pun, x de wat pape"...mmg itu pada mulanya sahaja..kita jgn dilupakan nafsu yg brada dlm diri insan itu psti tidak akan puas..
-pstu mula rasa buhsan dan ingin mncuba sesuatu yg lebih dr melihat sahja..
-mula blajr mnyentuh dan akhirnya wanuzubillah brakhir dgn prkara2 yg mngaibkan..
itu adalh lumrah insan brnama manusia yg kaya dgn sifat ingin tahu yg tinggi yang kadang2
tidak kena pada tmptnya...
sebelum adanya kajian ini..quran trlebih dahulu mengajar makhluk bernama manusia bagaimana
caranya adab ketika berjalan..iaitu menundukan pandangan tika berjalan di muka bumi ini
dengan penuh etika.
rujuk An-Nur : 30-31
kalu pereka televisyen, mahmul(handset), talaga(peti ais), dll, pasti saja segala spesifikasi dan
ciri kelebihan yang ada pada brg2 yang direka diketahui sang pereka itu sendiri. Begitu jgk dgn
klemahan2 yg ad pd rekaan tersebut, pstinya yg mencipta itu akan lebih arif dan tahu dgn
pntang larang ciptaanya agar rekaan itu sentiasa utuh dan boleh mnjalankan tugasnya sesuai
dengan spesikasi2nya, dan peranan2nya yang telah diprogram semampu yang boleh.
patuk, itik x sudu"..telah didatangkan pada kita oleh Yang Mencipta kita dengan sebaik2 ciptaan
itu buku manual panduan yang lengkap dari segi segala sudut. Baik ekonomi, politik, psikologi,
perubtan, dll. Yg dijamin jika berpegang teguh pada manual tersbut, pstinya kita akan berada
pada kualiti maksima yang akan dijanjikan pulang TIDAK TERNILAI.
Hanya trltak pada pilihan kita samada mahu atau tidak mengikut manual tersebut..
R.e.Z.e.K.i
pengalaman duduk negara orang nih..hehe
nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu, aku on da way balik masjid.Masjid ar-rahmah,
ganbi(dekat) syari' galak.tiba-tiba on da way jalan tuh, kena tahan dengan ada sorng mamat
arab nih.,
mamat arab : enta malizi(kamu malaysia) ?
mamat malizi : aiwah, ana minin malizi (ya, saya dari malaysia)
mamat arab : enta kuliyyati tib fi gama'ah al mansoura (awak kuliyah perubatan di univ
mansoura) ?
mamat malizi : aiwah(ya)
dan dipendekkan cerita tiba-tiba mamat arab ni tanya
mamat arab : ana aiz khut enta i'syrin genih mumkin(saya nak bagi kamu 20 genih)?
lpas tuh mamat malizi ni x phm sangat, tapi buat-buat paham.
mamat malizi : la, ana mushfulus.(x, saya x bwk duet)
tiba2 arab tu cakap aku x phm and die ulang blik ap die ckp.hahha..malu aku...ehh..malu mamat
malizi tuh...barula phm..die nak bg ak 20 genih dalam (RM 14)..igtkn die nk pau 20
genih..cuak2x..
pastuh mamat malizi ni pun dengan rasa rendah diri+terkezut, lantas menolak.lalu mamat malizi
berjalan pulang dengan tanda tanya+merasakan betapa rezeki ini bukanla satu perkara yang
mampu dicaturkan oleh kuasa biasa yang terbatas kemampuan.
satu lagi time lpas solat gek.tp kt masjid firdaus.hbs2 solat pk cik sbelah ni ckp
uncle arab : ba'da solat sunat raka'tain, ishtanna syuwaiyyah(lpas solat sunat, tunggu kejap)
malizi blur : aiwah(sambil muka cuak)
mana x cuak beb, dh la ak x knal, tbe2 sruh aku tnggu..ehh..tbe2 sruh mamat malizi blur nih
tnggu..
pastu ak pun lpak la dgn bebrpa org budak m'sia..tbe2 pk cik td pun dtg la..die salam kitorang
sambil cium pipi+siap ad bunyi lagi, ni memang budaya diorng.hbs tuh die tnye la nama dll.
tbe2 die bwk kluar dr beg plastik hitam die...aish baladi(roti bese), halawa(manisan) dan
gibna(keju)..mak aiii..pokono arab nihhh....kitorng punya la x nak amek..
sbb kalu tgk dari segi pakaian die pun..dh tahu die ni bukanla org yang senang..walaupun die
mudir sekolah..gaji diorng sgtla sikit kalu nk dibndingkn dgn gaji guru besar di m'sia...tp bila
kitorng tolak pmberian die..die ckp apa..ni haa...
mnusia itu berkorban demi saudara mereka.Adakah mampu diri ini berkorban apa yang menjadi
kesukaan diri..???
ni la pk cik arab tuh,.nama die abu bakar..
SusahBahagia,SenangKecewa
dilihat dari sudut kemajuan, pasti saja manusia tanpa memerlukan I.Q(intellectual quality) yang
tinggi bisa menilai gambar yang empunya tembok-tembok konkrit itulah yang mnedapat
jolokan bandar yang maju dan hebat.
bagi kampung hanya punya bangunan setinggi pohon-pohon teduh, bangunan yang hanya dibina
dari tanah-tanah liat itu dilihat sebagai mundur atau dengan kata lain situasi yang biasa dilihat di
negara dunia ketiga.
adakah penilaian ini salah?
tidak, sama sekali tidak. tapi persoalan yang ingin dilihat ialah bagaimana adakah pembangunan
yang pesat bersama tersegamnya bangunan-bangunan serba moden, kelengkapan teknologi
terkini, sistem pantau keselamatan 24 jam ini dibangun bersama ROH-ROH kualiti diri insan.
atau dengan kata nama lain modal insan itu sendiri.
kemajuan dan pembangunan diri insani haruslah bergerak seiring bersama aru kemodenan.
secara hipotesis teorinya, semakin meningkat kemajuan material, semakin meningkat kualiti diri
individu penggerak kemajuan.
namun secara realitinya adakah teori ini menjadi.???
kalau dilihat Amerika Syarikat yang menganggap dirinya Negara Polis Dunia itu, kadar jenayahnya sangat-sangat tinggi. Dari kes bunuh, rogol, rompak semuanya berlaku hampir setiap hari.
adakah ini yang dikatakan kemajuan bergerak seiring dengan pembangunan insani.???
setiap insan di muka bumi ini pasti, mengidamkan kebahagiaan dalam hidup seharian
mereka.dengan kata lain ketenangan, kegembiraan yang menyegarkan.
Tetapi adakah dengan keceramukan yang berlaku di sekeliling, menjamin keinginan tersebut.
Mungkin ada saja yang berpendapat kebahagiaan cukup disempurnakan dengan
kemewahan.Sempurna dari tuntutan material namun jauh sekali, keluarga berantakan,
anak-anak dan ibu bapa tidak lebih dari kawan rumah sebumbung.Adakah kemewahan material
dilihat sebagai kayu pengukur kepada kebahagiaan.???
Kesusahan atau kesederhanaan dalam kehidupan tanpa keceramukan dan ditambah bersama
nilai-nilai kualiti spiritual, itu lebih baik dari kemewahan yang hanya berakhir dengan
kesudahan menyayat hati.
Sedikit (ibrah)pengajaran dari Manusia Paling Berpengaruh di dunia, Muhammad bin
Abdullah.Pembawaan manusia yang dahulu terkenal dengan perbuatan-perbuatan jahiliyah
menjadi fondasi bagi kenaikan dan kemajuan bangsa-bangsa seantero dunia.Dilihat kehidupan
beliau bahagia bersulam ujian-ujian yang diterima dengan kelapangan tanpa tolakan.Kalau dari
segi material beliau sangat senang dan bahagia tidur beralaskan pelepah tamar.
Sekali lagi ditekankan, bukan kita menolak kemajuan, namun material dan roh itu bukan suatu
kompilasi yang terpisah.Malah seiring bergerak menuju ke tahap termampu.
bestnya terBURU-BURU
mnusia dcpta alKhaliq punya otak agar tndakan tadi trurus dgn baek dan memberi impak kpd yg spatutnya..bgitu juga haiwan
mnusia dcipta arRahman dr 2 gamet yg mmbawa kod2 yg akn mengekspres ciri2 responsible 'mother cell'..bgitu juga haiwan
mnusia juga punya dorongan nafsu yg meluap2 lg membuak2..bgitu juga haiwan..
tbe2 bro roomate dtg dr blakang"woi bro!!!..ko dh jadi pngikut TUN CHARLES DARWIN ke haa??..asal ko samakn mnusia dgn haiwan..bro!!! mngucap dowh.."lalu bro roomate brlalu prgi berlinangan air mata...
"la..lek dlu bro2 skalian...bce bg hbs dulu.."kata kwn bro yg mnulis...
sbnrnya kelebihan mnusia itu ialah akal yg dberi oleh Sang Pencipta agar kita bisa mnilai dan memerhati faktor sekliling yg akan memberi kesan trhadap kptusan dan tindakan kita dlam berbuat..tp bukan topik akal yg akan dbncbgkn..
bgaimana mngurus akal itu yg nk tulis...kita kdg2 agar trburu2 shinggakn mmblakangkn akal..bak kata Cikgu Pi'e.."akai x dak ka??buh kt pala lutut mumkin??"smbil mncpi ap2 yg boleh dgunakn utk menibai..nabi sndri ad brsabda dlm menegah sikap trburu2 dalam mmbuat kputusan..
mngkn bg kita sronok bila mnjadi sang buru-buru krna hasilnya bgitu cepat,ringkas padat dan sendat..ap yg SENDAT???
mula2 tenang bak kata BAPAK,
perhatikan keadaan sekliling,
nilai kesan2 bakal2 yg diberi trhadap keputusan,
mntk ptunjuk n prlindungn dr Ilahi agr dbimbing olhnya bkn Siatan yg bimbng wt kputusn,
krna apa yakinla stiap tndak tnduk kita pasti memberi kesan trhadap persekitran yg kita lalui sehari2an..baik kwan..lecturer..mak ck kantin..dll...mereka melihat dan menilai sdikit sbyk memberi impak..x byk mngkn sdikit ttp juga dkira sbg impak.
..Kubur Masing2x..What da..???
yakni peristiwa Kekejaman rejim ZIONIS menyerang GAZA dan membunuh hmpir 1000 mnusia selama 20 hari..
"so..ap kaitan dgn tjuk tuh haa.."tnye bro kpd bro yg lain..
jwb bro yg mnulis.."bce bg hbs nnt pndai2 kaitkn naa.."
mngkn ad saja phak yg dgn senang hati mngatakan "owh..this is not my problem..this is da revenge for hamas the terorist" dan ad jugk yg kte "mind ur own business man..pndai2 la diorng idup..dh bese kot.."
"mak aii !!!..sonang eh cakap"kte bro dr pilah..
mmg bnar mereka diuji d negra sndiri.,namun bg kita yg hnya mampu melihat di warta2,media2,intrnet2, dll adakah kita tidak diuji..??
kita yg hidup dalam senang lenang diuji bgaimana rasa simpati dan cinta kita terhadap sesama mnusia mnjadikn kita snggup :-
mnhan diri dari membli Nike,Nokia dll demi PALESTIN
menderma ap yg trmampu bg GAZA
dan juga x trlmpau bermewahan dgn diri d kala mereka bermatian2 mneruskan khidupan
Kdutaan Indonesia mngadakan kutipan smbngan bg sapa2 yg ingin mndrma kpd GAZA...so ad mak cik brwrgangara Mesir ni pun dtg la bg bntuan..agak2 ap dbgnya.???
A. duit dlm mata wang junai/genih
B. saratoga(selimut)
C. to'miya wa batotis frozen
D. semua d atas mngarut jek
haa pilih arr...
sbnrnya mk cik ni..bg..jeng2x....
hnya 1 kg of GULA
tp ap yg mnyedihkan lg mnyayat hati..mk cik nu dtg dari kwasn yg agk jauh dr CAIRO..tmbng pergi dan blik nya saja..dceritakn lbih mahal dr nilai 1 kg Gula td...
tp atas rasa UKHWAH walupun x knal..BRlndaskn keIKHLASAN x mnjadkn alasan untuk beliau tidak mmbntu mereka..Bgaimana lak kita???REnung2kn..tepuk dada tnya kwan..ehh tnya iman la...
Tzipi Livni Israel.. jelmaan Golda Meir kedua?
Ali Bukhari Amir Fri | Jan 02, 09 | 10:35:24 pm MYT | |||||||
Dalam satu ucapannya, pemimpin Parti Kadima dan Menteri Luar Negeri Israel Tzipi Livni telah menunjukkan pendiriannya berhubung kegiatan keganasan pihak Hamas. "Sesiapa saja yang memberi sokongan atau perlindungan kepada Hamas, sekarang harus membayar harganya," kata beliau. Tzipi Livni kerap dilihat sebagai bayangan Golda Meir (1898-1978), Perdana Menteri Israel, seorang wanita besi yang bertanggungjawab dalam beberapa siri pembunuhan golonan elit Arab sekitar 1970-an. Mereka yang menonton filem Munich (2006) pasti dapat melihat watak Golda Meir, PM Israel Ke-4 (1969-1974) ini, yang bermodalkan hati keringnya, mengarahkan seorang ahli Mossad untuk membunuh ahli-ahli September Hitam, anggota PFLP yang terlibat dengan pembunuhan ahli sukan Israel di Munich ketika Olimpik berlangsung pada 1972. Ketegasan Golda Meir itu membuahkan hasil. BBC menggelarnya sebagai 'Wanita Besi', satu jolokan dalam politik Israel sebelum istilah itu ternobat buat Margaret Thatcher. Dan hal ini menyebabkan beliau dilihat sebagai tokoh wanita termasyhur di Israel. Barangkali, Tzipi Livni lebih dahsyat! Sesiapa pun mungkin tidak menjangkakan bahawa di sebalik raut wajahnya yang termasuk dalam wanita yang ada rupa paras bergaya, sosok itu ternyata memiliki jalur keturunan yang gelap dalam pengusiran warga Palestin. Empat tahun bergelumang dengan Mossad dan jawatan yang didudukinya itu pernah juga dijawat oleh Ariel Sharon, maka Livni tidak boleh menolak lagi bahawa hubungan beliau dengan Mossad amat erat. Sesiapa yang ingin mengetahui betapa bahaya serta biadapnya Mossad, silakan menonton filem You Don't Mess With The Zohan, lakonan Adam Sandler yang memberikan wajah gelap dan dampak buruk ke atas Arab dan Palestin. Kalaulah BBC menggelar Golda Meir sebagai 'wanita besi', maka Forbes menempatkan Livni di tempat ke-52, wanita 'paling berkuasa' di seluruh dunia. Maka, kenyataan Livni dalam ucapannya kini amat bercanggah dengan apa yang dibuatnya sebelum ini. Dolak-dalik Livni kian ketara? Adakah wanita ini akan mula beraksi bagaikan Golda Meir? Dolak-dalik perkataannya sukar diintai kebenarannya. Dalam forum ekonomi dunia di Davos, Israel dan Palestin sama-sama berjanji mahu berdamai. Presiden Palestin Mahmoud Abbas pun ketika itu mendengar pidato Menteri Luar Negeri Israel Tzipi Livni lalu berjabat tangan dengannya ekoran ucapan perdamaian itu. Dalam pidato kedua-duanya, ada suara sepakat untuk tidak berkompromi dengan para pengganas dan walau sulit bagaimana sekali pun, proses damai itu, pasti tercapai juga akhirnya. Demikian antara isi dan ikatan perjanjian lidah antara mereka. Di mana-mana pun, serata dunia mengutuk pencabulan perjanjian itu. Di kebanyakan negara, bantahan pun merebak bagaikan barah yang tak terbendung. Menurut laporan akhbar, dalam tempoh enam hari, serangan Israel itu telah masuk hari ke enam dan tragedi berdarah itu telah mengorbankan 410 penduduk awam Palestin dan mengakibatkan 1,900 yang lain cedera. Apakah alasan Tzipi Livni ke atas keganasan Hamas ini boleh diterima? "Kami kutuk alasan Israel bagi menghalalkan serangan. Serangan atas alasan membunuh aktivis Hamas adalah alasan yang tak masuk akal memandangkan serangan itu dilakukan secara terang-terangan ke atas kawasan Bandar, perumahan para penduduk awam," kata Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz. Peranan OIC dan pertubuhan Islam "Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, sudah tiba masanya PBB, OIC, dan EU bersuara lantang dan mengenakan sekatan politik dan ekonomi terhadap Israel. "Serangan Israel ini adalah bibit permulaan kepada peperangan besar-besaran dan kita tak menolak kemungkinan siri peperangan antara Arab, Israel sekitar 1973 meletus kembali," kata beliau. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menyelar kedegilan Mesir pimpinan Hosni Mubarak yang membuka sempadan Gaza melalui pintu lintasan Rafah. "Keengganan beliau telah membantu kepungan wilayah Gaza oleh Israel memandangkan penduduk awam Gaza tak dapat melarikan diri ke sempadan Mesir untuk mencari tempat perlindungan," ujarnya. Petunjuk awal daripada baginda Rasulullah s.a.w memberi gambaran isyarat terhadap kita bahawa akan tiba masanya nanti, Muslimin seluruh dunia akan mengepung wilayah Israel sehinggakan, yang menyelamatkan mereka hanyalah pohonan Gharqad. Ternyata.. semangat kebangsaan Arab belum dapat mengeluarkan rakyat di bumi Palestin daripada jalur-jalur penjajahan Israel. Hanya fahaman kemanusiaan yang luhur dan kaum Islam yang bebas dari batasan, jalur kebangsaan saja yang mungkin boleh bertindak! 10:26 p.m, 2 Januari Pandangan, maklumbalas anda boleh dimajukan kepada ibnuamir@yahoo.com. _ |